6 Mac 2024, Faisalabad, Pakistan-Tahniah Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Bin Salit atas penganugerahan the Life Time Achievement KnowTex Award 2024 semasa persidangan International Conference on Knowledge Based Textiles (ICKT-24), pada 5 hingga 6 Mac 2024 bertempat di National Textile University, Faisalabad, Pakistan. Beliau telah dipilih oleh Jawatankuasa Pengurusan The Grand Challenge Fund (GCF-63), melalui proses pemilihan yang teliti dan ketat. Jawatankuasa memutuskan beliau dipilih kerana pencapaian beliau yang berprestasi tinggi dalam mengembangkan teknologi Bahan komposit.
Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Bin Salit turut dijemput untuk menyampai ucaptama bertajuk Development and Characterization of Graphene Nanoplatelet (GNP) Reinforced Polylactic Acid (PLA) Composites for Electric Vehicle Battery Packs semasa persidangan berlangsung. Ini membuktikan bahawa kepakaran beliau diangkat dalam komuniti Bahan komposit di peringkat antarabangsa.
Kejayaan beliau amat membanggakan dan menjadi pemangkin untuk Fakulti Kejuruteraan terus cemerlang.
Tarikh Input: 07/03/2024 | Kemaskini: 07/03/2024 | no.j
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430