Jabatan Kejuruteraan Awam telah ditubuhkan pada 1985, selepas Fakulti Kejuruteraan Pertanian mula mengambil prasiswazah untuk program Bacelor Kejuruteraan (Awam) pada 1984. Dari saat itu, jabatan berkembang dengan pesat dalam tiga perkhidmatan utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan professional. Program Bacelor Kejuruteraan Awam telah mendapat akreditasi daripada badan akreditasi , Lembaga Jurutera Malaysia. Program Bacelor Kejuruteraan Awam telah disemak sekali dalam tempoh 5 tahun untuk mengemaskini kandungan seiring dengan pembangunan dalam industri kejuruteraan awam diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi kurikulum pengajian 2021-2025 terkini, tiga objektif hasil pembelajaran (PEO) telah direka bentuk untuk melahirkan jurutera yang:
Bagi mendukung pencapaian tiga PEO di atas, hasil pembelajaran (PO) meliputi attributes yang dijangkakan boleh dicapai oleh pelajar sebelum bergraduat telah ditetapkan.
PO bagi kurikulum 2021-2025 adalah seperti berikut:
EAC1: Pengetahuan Kejuruteraan - Menggunakan pengetahuan matematik dan sains, asas kejuruteraan dan pengkhususannya untuk menyelesaikan permasalahan kejuruteraan yang kompleks
EAC2:Menganalisa Masalah - Mengenalpasti dan menganalisa permasalahan kejuruteraan yang kompleks berdasarkan kajian literatur bagi mencapai kesimpulan utama dengan menggunakan prinsip asas matematik, sains tabii dan sains kejuruteraan
EAC3: Merekabentuk/Penyelesaian Masalah - Merekabentuk sistem, komponen atau proses penyelesaian masalah kejuruteraan yang kompleks yang memenuhi keperluan yang ditetapkan di samping melunasi kepentingan keselamatan dan kesihatan awam, budaya masyarakat dan persekitaran
EAC4: Merungkai Masalah - Merungkai masalah yang kompleks dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berasaskan pengetahuan termasuklah rekabentuk dan pelaksanaan ujikaji, analisa dan interpretasi data untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan keputusan yang tepat
EAC5: Penggunaan Sumber dan Alatan Moden - Merangka, memilih dan menggunakan sumber dan teknik kejuruteraan moden serta peralatan IT termasuk model jangkaan terhadap aktiviti kejuruteraan yang kompleks dan memahami kekangan yang berkaitan
EAC6: Jurutera dan Masyarakat - Menggunakan alasan yang bermaklumat dalam konteks pengetahuan untuk mendepani isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundangan dan budaya dengan penuh pertanggungjawaban mengikut amalan kejuruteraan yang profesional
EAC7: Isu Persekitaran dan Kelestarian - Memahami kesan daripada penyelesaian kejuruteraan yang profesional dalam konteks masyarakat dan persekitarannya serta mempamerkan pengetahuan yang diperlukan dalam pembangunan lestari
EAC8: Etika: Menggunakan prinsip etika dan iltizam selaku profesional yang bertanggungjawab mengikut norma amalan kejuruteraannya.
EAC9: Berfungsi Sebagai Individu dan Berkumpulan - Berfungsi sebagai individu dan ahli pasukan atau pemimpin yang cekap dalam pelbagai kumpulan dan disiplin pekerjaan
EAC10: Komunikasi - Berkomunikasi secara berkesan dalam aktiviti kejuruteraan yang kompleks sesama komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum, berkebolehan manulis laporan dan dokumentasi, melakukan pembentangan, memberi dan menerima arahan dengan jelas
EAC11: Pengurusan Projek dan Kewangan - Mempamerkan pengetahuan dan memahami prinsip-prinsip pengurusan dan kejuruteraan serta menggunakannya untuk tujuan pekerjaan, mengurus projek dalam persekitaran yang pelbagai
EAC12: Pembelajaran Speanjang Hayat - Menyedari keperluan, kesediaan serta keterlibatan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks perubahan teknologi yang lebih luas
EAC13: Keusahawanan - Mengenalpasti asas dan peluang keusahawanan berkaitan bidang kejuruteraan
Manakala, berikut merupakan PO bagi kurikulum 2016-2020;
1. Menggunakan pengetahuan matematik dan sains, asas kejuruteraan dan pengkhususannya untuk menyelesaikan permasalahan kejuruteraan yang kompleks
2. Mengenalpasti dan menganalisa permasalahan kejuruteraan yang kompleks berdasarkan kajian literatur bagi mencapai kesimpulan utama dengan menggunakan prinsip asas matematik, sains tabii dan sains kejuruteraan
3. Merekabentuk sistem, komponen atau proses penyelesaian masalah kejuruteraan yang kompleks yang memenuhi keperluan yang ditetapkan di samping melunasi kepentingan keselamatan dan kesihatan awam, budaya masyarakat dan persekitaran
4. Merekabentuk dan mengendalikan ujikaji
5. Merungkai masalah yang kompleks dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berasaskan pengetahuan termasuklah rekabentuk ujikaji, analisa dan interpretasi data untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan keputusan yang tepat
6. Merangka, memilih dan menggunakan sumber dan teknik kejuruteraan moden serta peralatan IT termasuk model jangkaan terhadap aktiviti kejuruteraan yang kompleks dan memahami kekangan yang berkaitan
7. Menggunakan alasan yang bermaklumat dalam konteks pengetahuan untuk mendepani isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundangan dan budaya dengan penuh pertanggungjawaban mengikut amalan kejuruteraan yang professional
8. Memahami kesan daripada penyelesaian kejuruteraan yang professional dalam konteks masyarakat dan persekitarannya serta mempamerkan pengetahuan yang diperlukan dalam pembangunan lestari
9. Menggunakan prinsip etika dan iltizam selaku profesional yang bertanggungjawab mengikut norma amalan kejuruteraannya
10. Berkomunikasi secara berkesan dalam aktiviti kejuruteraan yang kompleks sesama komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum, berkebolehan menulis laporan dan dokumentasi, melakukan pembentangan, memberi dan menerima arahan dengan jelas
11. Berfungsi sebagai individu dan ahli pasukan atau pemimpin yang cekap dalam pelbagai kumpulan dan disiplin pekerjaan
12. Mempamerkan pengetahuan dan memahami prinsip-prinsip pengurusan dan kejuruteraan serta menggunakannya untuk tujuan pekerjaan, mengurus projek dalam persekitaran yang pelbagai
13. Mengenalpasti asas dan peluang keusahawanan berkaitan bidang kejuruteraan
14. Menyedari keperluan, kesediaan serta keterlibatan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks perubahan teknologi yang lebih luas
Banyak yang telah dicapai tetapi kami akan terus berusaha gigih untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan demi kebaikan negara dan masyarakat. Saya mempelawa anda untuk melihat perkhidmatan yang ada di jabatan dengan harapan anda memperoleh apa yang diperlukan. Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila berhubung dengan pegawai kami. Kami juga mengalu-alukan penglibatan pendapat atau sebarang informasi yang boleh membantu dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Saya ingin menjemput terutama kepada alumni untuk memberi maklumbalas kepada kami, ketika diperlukan mahupun pada bila-bila masa. Pandangan anda amat dihargai bagi membantu memperbaiki mutu perkhidmatan kami.
Prof. Madya Dr. Fauzan Mohd. Jakarni
Ketua
Jabatan Kejuruteraan Awam
Kemaskini:: 10/02/2023 [ernaleza]
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.