HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Housing Research Center (HRC)

HOUSING RESEARCH CENTRE (HRC)

 

PENGENALAN

 

Housing Research Centre (HRC) secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1996 dengan matlamatnya untuk menyediakan perumahan berkualiti termampu untuk pasaran global oleh Jawatankuasa Penyelidikan Universiti sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan. 


Semasa penubuhan, pusat ini telah memfokuskan penyelidikan dalam bidang bahan kos rendah untuk pembinaan, sistem bangunan dan konkrit pratuang dengan peruntukan yang berjumlah kira-kira RM1.12 Juta geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Rancangan Malaysia ke Enam. HRC telah dibuka secara rasminya pada 16 Julai 1996 oleh YAB Dato’ Mohamad Bin Mohamad Taib, Menteri Besar Selangor. Plak perasmian diletakkan di Rumah Uji kaji Blok Haenar yang kemudiannya menjadi pejabat pentadbiran sementara HRC.

 
Geran penyelidikan sebanyak RM500,000.00 telah dianugerahkan oleh pihak Malaysian Resources Cooperation Berhad (MRCB) untuk operasi selama lima tahun. Di samping itu juga YAB Menteri Besar Selangor telah mengumumkan penubuhan Kursi Selangor Darul Ehsan dalam Pembinaan Termaju bernilai RM2.0 juta bertujuan untuk penyebaran penyelidikan termaju dalam bidang pembinaan Negara.

 

VISI

 

Peneraju dalam inovasi penempatan manusia lestari.

 

MISI

 

  • Menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam penempatan manusia lestari

 

  • Menubuhkan dan menyelenggara pangkalan data dan juga pusat maklumat dalam penempatan manusia lestari.

 

  • Dikenali sebagai pusat sumber untuk pendidikan penempatan manusia dan latihan di Malaysia.

 

  • Menyediakan perkhidmatan kepada orang awam, kerajaan dan industri.

 

  • Membina pasukan pengurusan kerja yang mantap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang sihat.

 

BIDANG PENYELIDIKAN

 

1) Bahan

2) Sistem Bangunan



Bahan binaan termaju seperti bahan bersimen, konkrit mapan, bahan komposit termaju, agregat ringan dan bahan buangan hijau (green waste).



Sistem bangunan termasuk Industrialised Building Systems (IBS), rumah pintar dan bangunan tenaga cekap.

 3) Numerical

 4) Rekabentuk & Perancangan Perumahan



Pemodelan dan analisis struktur perumahan atau komponen mengunakan kaedah unsur terhingga.



Senibina, rekabentuk dan perancangan urban, kajian perumahan dan perlindungan kecemasan.

 

STAF

 

Bil

Nama

Jawatan

Emel

1.

Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar

Ketua

msj@upm.edu.my

2.

Pn. Ernaleza Mahsum

Pegawai Penyelidik

ernaleza@upm.edu.my

 

PENYELIDIK UTAMA

 

Bil

Nama

Kepakaran

Emel

1.

Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar (Ketua)

Struktur Konkrit, Penilaian Struktur, Konkrit Berprestasi Tinggi, NDT, IBS

msj@upm.my

2.

Assoc. Prof. Dr. Farah Nora Aznieta Abd. Aziz

Konkrit Bertetulang Fiber, IBS, Analisis dan Reka Bentuk Struktur Konkrit dan Pengukuhan Struktur Konkrit Bertetulang

farah@upm.edu.my

3.

Assoc. Prof. Dr. Raizal Saifulnaz Muhammad Rashid

Struktur Konkrit Bertetulang dan and Pengukuhan Struktur Konkrit Bertetulang Menggunakan Fiber Reinforced Polymer (FRP)

raizal@upm.edu.my

 

KEMUDAHAN PENYELIDIKAN

 

Bil

Perkhidmatan

Unit

Status

1.

DTK-A-50 Kyowa (Japan) Displacement Transducer (LVDT)

- Rated Capacity: 50mm

 5

 AKTIF

 2.

Hot Box Instrumentation

- EL0305 E-log Environmental Datalogger
- Extech (USA) Humidity & temperature USB Datalogger

1

 -

 

AKTIVITI YANG TELAH DIANJURKAN

 

Bil.

Tajuk

Tarikh

Tempat

1.

2-day Short Course on Application of Urban Stormwater Management Manual for Malaysia 2nd Edition (MSMA): Concept, Theories & Practices

16-11-2018 - 17-11-2018

Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM

2.

Lawatan Tapak ke Perkampungan Orang Asli Ulu Milut, Betau, Pahang

27-10-2018 - 02-11-2018

Betau, Pahang

3.

Global Civil Engineering Conference 2017 (GCEC2017)

25-07-2017 - 28-07-2017

Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

4.

Workshop on ETABS Software for Building Analysis & Design

15-10-2016

Makmal GIS, Fakulti Kejuruteraan, UPM

5.

Workshop on ORION Software for Building Design

08-10-2016

Makmal GIS, Fakulti Kejuruteraan, UPM

6.

A 2-Day Hands-On Training Using ETABS for Building Analysis and Design

25-03-2015 - 26-03-2015

Makmal GIS, Fakulti Kejuruteraan, UPM

7.

Simposium 2015 Malaysia University-Industry Green Building Collaboration (2015 MU-IGBC)

20-01-2015 - 21-01-2015

Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM

8.

Innovation Open Day

17-12-2014 - 18-12-2014

Fakulti Kejuruteraan UPM

9.

Workshop on Seismic Design for Buildings

24-11-2014 - 25-11-2014

Marriott Hotel, Putrajaya

10.

Kursus Pemantapan Kesetiausahaan (Personaliti Pencetus Inspirasi)

07-05-2014 - 08-05-2014

L’Apprenti, UPM

11.

Aplikasi Dan Amalan 5S Dalam Pengurusan Rekod & Fail

17-04-2014

Fakulti Kejuruteraan, UPM

12.

One Day Training Workshop on Management Skills for Administrative & Financial Executives

14-04-2014

L’Apprenti, UPM

13.

Workshop on Housing Technology Foresight 2050

08-11-2013

Fakulti Kejuruteraan, UPM

14.

Workshop on Islamic Architecture: Housing From Islamic Perspective

31-10-2013

Fakulti Kejuruteraan, UPM

15.

Workshop on Striving to Own A Comfortable And Affordable Green Home

27-06-2013

Fakulti Kejuruteraan, UPM

16.

2-Day Course and Design Workshop on Design & Construction of Precast Concrete Structures

28-05-2013 - 29-05-2013

Westin, Kuala Lumpur

17.

Workshop on Geotechnical Design of Retaining Walls

18-04-2013

Hotel Equatorial, Bangi

18.

Workshop on Advances in Concrete Technology

16-04-2013 - 17-04-2013

Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

19.

Conference on Affordable Quality Housing 2013 (CAQH2013)

11-03-2013 - 12-03-2013

Hotel Marriott, Putrajaya

20.

Workshop on Soil Improvement: Technologies, Design and Performance

13-12-2012

Hotel Palm Garden, Putrajaya

21.

Lawatan daripada College of Engineering, King Saud University, Arab Saudi

06-12-2012 - 08-12-2012

Meeting Room HRC

22.

2nd International Conference on Socio-political & Technological Dimensions of Climate Change

19-11-2012 - 21-11-2012

Hotel Marriott, Putrajaya

23.

2-Day Course and Design Workshop on Design & Construction of Precast Concrete Structures

04-10-2012 - 05-10-2012

Pullman Putrajaya Lakeside Putrajaya

24.

HRC Website Enrichment Session

13-09-2012

Meeting Room HRC

25.

Workshop on Research Proposal

11-07-2012

Meeting Room HRC

26.

Seminar on Rainwater Harvesting System in Green Building

03-07-2012 - 04-07-2012

Nomad Sucasa, Kuala Lumpur

27.

HRC Colloquium on Research & Development

16-11-2011 - 18-11-2011

Meeting Room HRC

28.

Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama (MOU) UPM-NAIM Holdings Bhd

01-07-2011

Auditorium Fakulti Kejuruteraan UPM

29.

A Two Day Design Seminar and Workshop on Design & Construction of Precast Concrete Structures

11-04-2011 - 12-04-2011

Cyberjaya

 

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Housing Research Centre 

Tingkat 10, Blok A

Fakulti Kejuruteraan 

43400 UPM Serdang 

Selangor Darul Ehsan 

MALAYSIA