TAHNIAH FAKULTI KEJURUTERAAN ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG BAGI PENILAIAN AUDIT KENDIRI AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2023 | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » TAHNIAH FAKULTI KEJURUTERAAN ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG BAGI PENILAIAN AUDIT KENDIRI AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2023

TAHNIAH FAKULTI KEJURUTERAAN ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG BAGI PENILAIAN AUDIT KENDIRI AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2023

SERDANG, 30 Januari - Tahniah diucapkan kepada Fakulti Kejuruteraan yang telah memperolehi keputusan purata markah keseluruhan bagi Penilaian Audit Kendiri Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Fakulti Kejuruteraan sebanyak 95.69%.

Penilaian Audit Kendiri EKSA kali ini telah dilaksanakan pada 30 Januari 2024 oleh Puan Roshaslina Mohd Basir (Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Perubatan Veterinar) dan Encik Mohammad Ismail Baharom (Pegawai Sains, Institut Biosains).

  

Program Penilaian Audit Kendiri ini dimulakan dengan Taklimat Pelaksanaan EKSA di Fakulti Kejuruteraan oleh Puan Lailawati Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA Fakulti Kejuruteraan pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Sesi Audit EKSA pada jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang ke beberapa lokasi di Fakulti Kejuruteraan. Penilaian kali ini dilaksanakan secara menyeluruh termasuk kawasan makmal bagi menyahut seruan pembudayaan EKSA di seluruh lokasi PTJ.

Tujuan Program Penilaian Audit Kendiri itu dilaksanakan sebagai proses saringan ke peringkat akhir bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2023/2024. PTJ mengikut kategori yang layak ke peringkat akhir akan dinilai sekali lagi oleh panel penilai terlatih yang dilantik oleh pihak CQA pada Mei 2024 hingga Julai 2024.

Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih diucapkan kepada Panel Penilai, pihak Pengurusan Fakulti, AJK Pelaksana EKSA Fakulti dan warga Fakulti atas komitmen padu, jasa bakti dan sumbangan yang tiada tandingan. Semoga amalan pembudayaan EKSA di Fakulti Kejuruteraan berterusan dan bukan berfokuskan penilaian serta kemenangan semata-mata.

 

Date of Input: 31/01/2024 | Updated: 23/02/2024 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEbNAQ~