| FACULTY OF ENGINEERING

'Smart Coolent Temperature Sensor' rangkul tempat ke dua dalam Pertandingan IDEA


Smart Coolent Temperature Sensor rangkul tempat ke dua dalam IDEAS2LIFE 2015
Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) menang tempat ke dua dalam pertandingan IDEAS2LIFE 2015. Projek penyertaan pelajar dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa itu bertajuk Smart Coolent Temperature Sensor turut bertanding dengan lebih kurang sepuluh Universiti Tempatan seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), UNIMAS, Kolej TAR serta UniKL.


Pelajar tersebut Husam Yahya Imran merupakan pelajar bidang Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan bersama penyelianya Dr. Dayang Laila Hj Abd Majid dan Dr. Noorfaizal Yidris membawa pulang hadiah wang tunai RM 300.00 berserta sijil, plak dan hamper.

Pertandingan selama dua hari yang bermula pada 14-15 September 2015 itu adalah anjuran Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute dan berlangsung di UniKL MSI, Kulim, Kedah. 


Semua peserta bergambar selepas menerima anugerah


SXDdVAR~