Bermula 20 Julai 2023, warga fakulti kejuruteraan (FK) mula menghasilkan origami berbentuk burung “crane” atau burung bangau. Gabungan lipatan yang disumbangkan oleh jabatan dan bahagian ini dicantum serta di hias di sudut Madani, sebagai simbolik kepada sumbangan dan sentuhan daripada setiap ahli fakulti yang jumlahnya melebihi 300 orang staf. Lipatan ini amat memberi makna kepada warga FK kerana 1001 ekor lipatan burung yang dihasilkan mewakili seribu satu harapan dan kesetiaan yang diterjemahkan daripada setiap staf di sini. Selain itu, 1001 ekor dipilih sebagai makna bahawa negara Malaysia telah pun dan bakal mencipta lebih 1001 sejarah di mata dunia.
Date of Input: 29/08/2023 | Updated: 29/08/2023 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430