SESI PENILAIAN PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » SESI PENILAIAN PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SESI PENILAIAN PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Serdang, 16 Ogos – Fakulti Kejuruteraan telah menerima kunjungan Pegawai dari Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM selaku pihak juri bagi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang bagi tahun 2023.

Pihak juri yang diketuai oleh Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS, telah diiring oleh staf Fakulti Kejuruteraan (FK) dengan rombongan berbasikal di mana setiap penunggang membawa bendera negeri hingga ke kawasan Foyer, FK.

Sesi penilaian dimulakan dengan lakonan Pengumuman Merdeka oleh Prof.Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin, Dekan FK disusuli dengan laungan sajak oleh Puan Zuriawati Mohamad dan nyanyian lagu “Malaysia Baru” oleh warga fakulti.

Lawatan ke Sudut Madani serta penerangan mengenai simbolik origami burung crane serta sudut “Tahukah Anda” oleh Puan Nor Hasni Zahari.

Sesi penilaian diakhiri dengan sesi bergambar warga Fakulti Kejuruteraan bersama Panel Juri pada jam 11.30 pagi.
Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Panel Juri, pihak Pengurusan Fakulti dan warga Fakulti atas komitmen, jasa bakti dan sumbangan dalam menjayakan persiapan Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang 2023.

 

Date of Input: 29/08/2023 | Updated: 29/08/2023 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXFDPAk~