PELAKSANAAN PROGRAM INOVASI DAN APRESIASI (PIA) 2022 FAKULTI KEJURUTERAAN | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » PELAKSANAAN PROGRAM INOVASI DAN APRESIASI (PIA) 2022 FAKULTI KEJURUTERAAN

PELAKSANAAN PROGRAM INOVASI DAN APRESIASI (PIA) 2022 FAKULTI KEJURUTERAAN

SERDANG, 26 Mei – Program Inovasi dan Apresiasi (PIA) 2022 Fakulti Kejuruteraan telah berjaya dilaksanakan pada 24 – 26 Mei 2023 setelah sekian lama tidak dianjurkan kerana kekangan penularan Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan pada beberapa tahun lepas. Program PIA yang berjalan selama tiga (3) hari merupakan sebuah program menyeluruh yang mempunyai pengisian program riadah/sukan, taklimat/ceramah berkaitan inovasi/kualiti/integriti serta diakhiri dengan majlis penghargaan kepada staf dan pesara.Fakulti Kejuruteraan. Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan (KSS).

Antara objektif utama penganjuran PIA adalah:

  1. Menerapkan aspek ‘team-building’ secara santai melalui program sukan;
  2. Menerapkan budaya hidup sihat di kalangan staf melalui program larian dan sukaneka;
  3. Meningkatkan kesedaran warga Fakulti terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja;
  4. Memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM;
  5. Merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan melalui kick off inovasi;
  6. Menerapkan nilai Ihsan dan Integriti melalui aktiviti taklimat kesedaran, amanat dan sebagainya; dan
  7. Memberi penghargaan kepada staf Fakulti atas pencapian tertentu dan meraikan staf yang telah bersara.

Sambutan PIA 2022 dari staf Fakulti Kejuruteraan adalah amat meriah dan menggalakkan kerana program sebegini sudah lama tidak dilaksanakan. Aktiviti hari pertama dimulakan dengan Fun Run kemudian disusuli dengan sukaneka yang dapat mencungkil bakat dan kreativiti warga Fakulti Kejuruteraan. Hari kedua program pula disajikan dengan Sesi Perkongsian Pemenang Anugerah Hari Kualiti dan Inovasi (HKIP) UPM serta slot Bicara Minda “Kecemerlangan Sebagai Tanda Kesyukuran” oleh YBhg, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman. Kemuncak hari ketiga adalah yang sangat dinanti-nantikan oleh warga Fakulti Kejuruteraan iaitu Majlis Apresiasi Fakulti Kejuruteraan 2022. Majlis ini dilaksanakan bagi memberi penghargaan kepada staf dan pesara fakulti bagi segala jenis sumbangan yang telah diberikan pada tahun sebelum baik dari segi penglibatan pertandingan dan lain-lain. Terdapat beberapa anugerah yang dipertandingkan menjadi satu bentuk program pengiktirafan amalan EKSA seperti Anugerah Makmal Terbaik, Anugerah Pejabat Terbaik dan Ruang Kerja Terbaik. Penilaian dilaksanakan berdasarkan hasil Program Gerak Gempur Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Fakulti Kejuruteraan, UPM - Siri 1 /2023

Senarai Anugerah/Penghargaan/Promo sempena Majlis Apresiasi Fakulti Kejuruteraan 2022 boleh didapati melalui pautan berikut:

Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa, Ahli Jemputan yang hadir dan semua warga Fakulti Kejuruteraan yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga komitmen dan kerjasama berpasukan ini dapat diteruskan untuk kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta menjadi bukti perpaduan seluruh warga UPM.

FOTOGRAFI KEMERIAHAN PIA 2022 PADA HARI PERTAMA (FUN RUN & SUKANEKA)

 

FOTOGRAFI KEMERIAHAN PIA 2022 PADA HARI KEDUA (BICARA MINDA DAN TAKLIMAT HKIP)

FOTOGRAFI KEMERIAHAN PIA 2022 PADA HARI KETIGA

(KEMUNCAK MAJLIS APRESIASI FAKULTI KEJURUTERAAN)

 

Date of Input: 29/01/2024 | Updated: 30/01/2024 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEbQAg~