Pelajar Terima Sumbangan Daripada Puncak Niaga Holdings Berhad | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Pelajar terima sumbangan daripada Puncak Niaga Holdings Berhad

Pelajar terima sumbangan daripada Puncak Niaga Holdings Berhad


Pelajar terima sumbangan daripada Puncak Niaga Holdings Berhad

Sekumpulan pelajar daripada Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan (PEMAJU) terdiri daripada beberapa kelab pelajar telah menerima sumbangan daripada Puncak Niaga Holdings Berhad baru-baru ini.

Seramai 13 pelajar dan 2 orang pegawai pengiring yang diketuai oleh Dr. Fazirulhisyam Hashim Ketua Unit HEP & Alumni, Bahagian Pengajian Prasiswazah Fakulti Kejuruteraan menerima sumbangan tersebut untuk tujuan "Program Mobiliti Global: UPM-Guilin University of Technology, China" yang dijangka bermula dari 28 Julai sehingga 25 Ogos 2015.

Sesi penyerahan ini telah diadakan di Puncak Niaga Holdings Berhad, Shah Alam oleh wakil YBhg. Tan Sri Rozali Ismail iaitu Profesor Dato' Dr. Mohd Zainul Fithri Dato' Othman berjumlah RM11,000.00 kepada Prof. Madya Ir. Dr. Azmi Yahya, Dekan Fakulti Kejuruteraan.


Updated:: [farahidayu]

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466262
0386567099
C1513048648