MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS DEKAN | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS DEKAN

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS DEKAN

SERDANG, 13 Februari – Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas oleh Mantan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin kepada Dekan baharu iaitu Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab Kadir telah diadakan pada 13 Februari 2024 di Bilik Persidangan Jurutera, Fakulti Kejuruteraan.

Dalam majlis yang ringkas ini, Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin telah menyatakan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab Kadir sebagai Dekan baharu. Beliau percaya Fakulti Kejuruteraan akan mencapai kegemilangan yang lebih tinggi di bawah pimpinan Dekan baharu atas kebolehan serta kredibiliti yang dimilikinya. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Fakulti Kejuruteraan atas sokongan yang padu semasa beliau melaksanakan tugas sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan sejak 15 Julai 2021 hingga 31 Januari 2024. Banyak pengalaman yang beliau perolehi semasa dalam perkhidmatan dan beliau berharap agar Fakulti Kejuruteraan akan terus berkembang maju dan cemerlang. 

Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab Kadir pula merakamkan ucapan balas dengan berterima kasih kepada semua atas kepercayaan bagi menjalankan tugas sebagai Dekan baharu dan berharap agar warga Fakulti Kejuruteraan dapat memberikan kerjasama, bekerja dalam satu pasukan serta menyokong aspirasi beilau sepanjang tempoh pimpinannya. Beliau turut menyatakan hasrat beliau untuk terus berusaha menggalas tanggungjawab serta memantapkan lagi pengurusan fakulti demi visibiliti Universiti Putra Malaysia secara amnya.

Seluruh warga Fakulti Kejuruteraan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin atas khidmat bakti, sokongan dan segala bentuk sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan.

Date of Input: 22/02/2024 | Updated: 23/02/2024 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEbRAg~