| FACULTY OF ENGINEERING

LIMA '15 Medan Pamer Inovasi


16 Mac - Pelajar doktor falsafah Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Omar Faruqi menggunakan LIMA 2015 untuk mengetengahkan produk dan hasil kajian inovasi baru yang memberi manfaat kepada kehidupan seharian. Produk ciptaannya , Magnus Wind Turbine (MWT) yang di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Azmin Shakrine ini merupakan satu pendekatan alternatif untuk menjana tenaga elektrik yang lebih mesra alam berbanding generator yang membawa banyak kesan negatif.

Menurutnya, "Saya mengambil masa lebih setahun untuk membuat kajian ini sebelum ia bersedia untuk diketengahkan untuk kegunaan awam.:

"Saya menggunakan peluang LIMA kali ini untuk menyalurkan penemuan ini kepada masyarakat antarabangsa kerana pameran dwitahunan ini turut dihadiri ramai delegasi luar yang berminat dalam bidang kajian dan inovasi."

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri ini berkata hasil ciptannya itu mendapat hak cipta atau paten dari pErtubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO).

Selain MWT, UPM turut mempamerkan tiga produk lain iaitu Flight Trekking System, Wind Tunnel dan Hexacopter pada LIMA'15 kali ini.

Sementara itu, turut menyertai pameran produk di gerai sama ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sains Islam Malaysia (USM), Politeknik Banting Selangor dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


-Sumber berita daripada Harian Metro, 16 Mac 2015-  


SXETXAQ~