Formulasi Tablet Buah-buahan, Herba | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Formulasi tablet buah-buahan, herba

Formulasi tablet buah-buahan, herba

tablet daripada serbuk buah naga


Formulasi tablet buah-buahan, herba

Pengambilan makanan tambahan (suplemen) seperti pil vitamin dapat membantu meningkatkan kesihatan.

Keperluan itu memperlihatkan perkembangan industri nutraseutikal yang mengeluarkan produk makanan tambahan berbentuk pil dan kapsul.

Namun, amat kurang syarikat yang mengeluarkan vitamin daripada buah-buahan berbentuk tablet larut air.

Menyedari kepentingan itu, penyelidik Kejuruteraan Bahan Makanan dan Teknologi Serbuk Makanan, Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang, membangunkan formulasi penghasilan tablet buah-buahan dan herba.

Kajian berkaitan serbuk makanan buah-buahan tempatan dan herba ini dipelopori Prof Madya Dr Yus Aniza Yusof.

Ia dibantu tiga rakan penyelidik, Stashia Eleaness Rosland Abel, Cristopher Jospeh Etti dan Muhammad Azhar Ali.

Projek dibangunkan pada 2006 itu meraih pingat gangsa PECIPTA (2009), Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2009 (perak) dan gangsa sempena Pameran Reka Cipta dan Inovasi Kejuruteraan Antarabangsa (i-ENVEX 2011).

Dr Yus Aniza menjalankan kajian berkaitan serbuk makanan herba dan buah-buahan seperti naga, nanas, mangga, misai kucing dan kacip fatimah.

“Kajian ini untuk melihat penghasilan serbuk herba dan buah-buahan sebagai tablet makanan tambahan,” katanya.

Menghasilkan produk berbentuk tablet mempunyai cabarannya kerana mudah pecah dan retak di tepi.

“Sebab itu pentingnya dalam ujian ini kerana kita dapat melihat kekuatan tablet itu.

“Kami melakukan ujian tunggak bagi menentukan berapa banyak bahan pengikat perlu dicampurkan bersama, selain kuantiti serbuk herna dan buah-buahan,” katanya.

Selain melihat hubungan antara tekanan dengan ketumpatan dan kekuatan, aspek keterlarutan juga diambil kira.

“Ia penting untuk mengetahui berapa lama tablet akan larut dalam air.

“Alat ujian keterlarutan digunakan dalam proses berkenaan apatah lagi ia biasa untuk tablet farmaseutikal.

“Kajian ini digunakan untuk industri neutraseutikal yang lebih kepada produk makanan tambahan,” katanya.

UPM, katanya mempunyai beberapa formulasi untuk menghasilkan tablet buah-buahan dan herba larut dalam air.

“Setiap saiz bergantung keperluan pengguna dan formulasi kami untuk melihat peratusan penggunaan bahan, kekuatan dan keterlarutan,” katanya.

Ketumpatan terbaik katanya bergantung jenis herba dan buah-buahan.

“Setiap bahan ini unik dan mempunyai sifat tersendiri,” katanya.

UPM sudah menghantar produk itu untuk dikomersialkan selain beberapa produk untuk dipatenkan.

________________________________________________________________________________________

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 1:10 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31522#sthash.2BoyZaU8.dpuf

- Muat turun keratan akhbar 


Updated:: [farahidayu]

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466262
0386567099
C1513204224