Fakulti Kejuruteraan Bangunkan Teknologi Solar Fotovoltaik (PV) | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Fakulti Kejuruteraan Bangunkan Teknologi Solar Fotovoltaik (PV)

Fakulti Kejuruteraan Bangunkan Teknologi Solar Fotovoltaik (PV)


Wajib Pasar Hasil Kajian 

Puchong: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mewajibkan penerima geran penyelidikan mengkomersialkan produk kajian mereka. Menterinya, Datuk Seri Madius Tangau berkata, kementeriannya meminta penyelidik menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan dan sedia untuk dipasarkan kepada orang ramai.

“Kita tidak mahu hasil kajian hanya di atas kertas, sebaliknya yang lebih penting mereka perlu menghasilkan produk yang boleh digunakan orang ramai dan inilah dipanggil sains perniagaan.
“Kerajaan amat menggalakkan penyelidikan dalam program teknologi hijau, sebab itu kita beri galakan dan insentif,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ladang Agro-PV Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Produk Java Tea-PV, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Fakulti Kejuruteraan UPM Ir Dr Mohammad Effendy Yaacob dan Pengerusi Solar System & Power Sdn Bhd (SSPSB) Datuk Chairil Nazri.

UPM menerusi Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan serta Pusat Penyelidikan Kuasa dan Tenaga Maju bekerjasama dengan SSPSB membangunkan teknologi solar fotovoltaik (PV) yang memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga matahari untuk menjana tenaga elektrik bagi penanaman herba lestari.

S
ementara itu, Dr Mohammad Effendy berkata, buat permulaan, pihaknya menanam herba misai kucing menerusi kaedah penanaman di bawah panel solar dan ia turut menjadi mercu tanda UPM apabila muncul ladang terbesar peringkat universiti Asia Tenggara yang menggunakan teknologi solar.

Pautan lain :
http://www1.hmetro.com.my/node/97471#sthash.iP7YVaer.dpuf

https://www.youtube.com/watch?v=k4X-v9TcnJw


tea


Date of Input: | Updated: | farahidayu

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEURA5~