| FACULTY OF ENGINEERING

100 participated in the Lego Robotic by Department of Electric and Electronic UP

Dr. Wan Zuha (tengah) melihat peserta menghasilkan robot.

 

 

100 sertai bengkel Lego Robotik anjuran Jab. Kej. Elektrik dan Elektronik

Serdang: Wajah ceria, teruja serta tekun memberi perhatian antara ‘warna-warni’ yang dapat dilihat pada Bengkel Lego Robotik yang disertai 100 murid dari seluruh negara anjuran Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Menurut Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UPM Prof Madya Dr Wan Zuha Wan Hasan, program bengkel berkenaan memberi manfaat kepada murid sekolah rendah untuk mempelajari dengan lebih dekat mengenai cara pembikinan robot.

“Program ini kali pertama dijalankan oleh kelab ini untuk menarik minat kanak-kanak terhadap teknologi robot. Di bengkel ini, fasilitator yang terdiri dari Kelab Robotik UPM membantu dan mengajar cara-cara membina sebuah robot daripada lego.

“Proses pembelajaran ini membabitkan asas fizik, kejuruteraan dan menguji kecekapan murid sekolah rendah,” katanya.

Menurut Wan Zuha, modul yang disediakan boleh menjana pemikiran kreatif kanak-kanak.

“Kanak-kanak diberi peluang untuk membina robot daripada lego berteknologi Jerman. Sebaik siap mereka cipta mengikut kreativiti mereka, murid akan didedahkan dengan sistem ‘programming’ untuk menggerakkan robot berkenaan dengan pemantauan pelajar UPM,” katanya.

Wan Zuha berkata, program itu mendapat sambutan ramai bersempena cuti persekolahan.

“Pihak kami merancang untuk mengadakan bengkel ini setiap minggu di sekolah berhampiran antaranya di Bangi, Serdang, Semenyih, Cyberjaya dan sekitar Kuala Lumpur.

“Bengkel ini juga berfungsi sebagai pendedahan awal untuk murid sebelum menyertai pertandingan yang bakal diadakan pada September depan anjuran SASBADI,” katanya.

Presiden Kelab Robotik UPM Muhammad Syazwan Hassan berkata, program ini disertai oleh 24 pelajar UPM sebagai fasilitator bermula 31 Mei dan berakhir hari ini.

Sumber : HARIAN METRO

Lihat juga https://www.instagram.com/engineeringfaculty_upm/  &  https://www.facebook.com/engineeringupm/

 

 

SXDcVAp~