KREDIT: 4(3+1)
PRASYARAT: Tiada
PENGAJAR: Krishna Kant
OBJEKTIF: Di akhir kursus ini pelajar-pelajar akan memahami konsep asas sistem elektrik dan elektronik bagi jurutera yang akan menjadi pengguna bukan pereka bentuk sistem elektrik, elektromakanik dan elektronik.
SINOPSIS: Konsep asas litar elektrik. Analisis rangkaian berperintang. Analisis rangkaian ulang-alik (AU). Kuasa AU. Separuh pengalir dan diod. Asas transistor. Penguat operasi. Litar lojik digit. Instrumentasi dan penyukatan elektronik. Mesin elektrik.
(Electrical circuits basic concepts. Resistor network analysis. AC circuit analysis. AC power. Semiconductor and diode. Transistor fundamentals. Operational amplifier. Digital logic circuits. Electronic instrumentation and measurements. Electrical machines.)
KANDUNGAN:
1. Konsep asas litar elektrik. Cas, arus, voltan, Hukum Kirchoff, sumber voltan dan arus, kuasa elektrik, unsur litar, rangkaian dan hukum Ohm, litar terbuka dan litar pintas, perintang sesiri dan hukum pembahagi voltan. Perintang selari dan hukum pembahagi arus, peranti penyukat arus dan voltan, rangkaian elektrik.
2. Analisis rangkaian berperintang. Kaedah Gelung-arus, Kaedah voltan-nod, pengecilan rangkaian, teorem Thevenin, teorem Norton, teorem superposisi. Pindahan kuasa maksima.
3. Analisis rangkaian arus ulang-alik. Ciri pemuat (capacitor) dan pearus (inductor), sumber isyarat bergantung-masa, sinus, nilai purata dan rms (root-mean-square), fasor dan galangan (impedence), lepasan (admittance), litar setara au.
4. Kuasa AU. Kuasa dalam litar au, kuasa seketika dan purata, faktor kuasa, kuasa kompleks, alatubah, litar tiga fasa, penjana voltan tiga fasa, sambungan delta, sambungan wye, pengiraan kuasa tiga fasa, pendawaian elektrik, pembumian dan keselamatan, penjanaan dan pengagihan kuasa au.
5. Separuh pengalir dan diod. Pengaliran elektrik dalam separuh pengalir, simpangan-pn, diod separuh pengalir, model litar bagi diod separuh pengalir.
6. Asas transistor. Transistor sebagai penguat dan suis, transistor simpangan dwikutub (BJT), transistor kesan medan (FET), MOSFET dan JFET.
7. Penguat operasi. Penguat, model gelung tertutup, model gelung terbuka, penapis aktif, litar pengkamil dan pembeza, penghad fizikal op-amp.
8. Litar lojik digit. Isyarat analog dan digit, sistem nombor perduaan, aljebra Boolean, peta Karnaugh dan reka bentuk lojik, modul lojik kombinasi.
9. Instrumentasi dan penyukatan elektronik. Sistem penyukatan dan transduser, penyukatan gerakan, dimensi, daya, tork, tekanan, aliran dan suhu, pendawaian, pembumian dan hingar, pembaikan isyarat, penukar analog-digit dan digit-analog, litar pembanding dan pemasa, penghantaran data dalam sistem penyukatan.
10. Mesin elektrik. Pengkelasan mesin elektrik, mesin arus-terus, mesin arus-ulangalik, pengulang-alik, motor segerak, motor aruhan, motor AT tanpa-berus, motor langkah, motor au sefasa, pemilihan dan pengukuran motor.
PENILAIAN: Tugasan 10%
Ujian 30%
Amali 20%
Peperiksaan Akhir 40%
RUJUKAN: 1. Ralph J. Smith, Elektronik: Litar dan Peranti, penterjemah: Abd Rahman Ramli, Rahman Wagiran, Shahbudin Shaari, DBP, 1995. (TK7876 S6573)
2. Ralph J. Smith, Electronics: Circuit and Devices, 3rd Ed, John Wiley & sons., New York, 1987. (TK716 S657 1987)