Pengenalan

Kami menawarkan kursus kejuruteraan yang diakreditasi sepenuhnya sesuai dengan keperluan semasa bagi industri pemprosesan dan kejuruteraan makanan di Malaysia dan juga global. Sejak penubuhan jabatan ini, ia telah menghasilkan lebih dari 1000 graduan berkelayakan. Mereka yang terlatih ini mempunyai kerjaya yang cemerlang bukan hanya dalam industri pemprosesan makanan serta dalam industri nutraseutikal, kimia, pembungkusan, dan industri lain yang berkaitan. Kami juga berjaya menghasilkan jurutera makanan yang berwibawa untuk meneruskan program pembelajaran dan penyelidikan pada tahap professional. 

Jabatan ini mempunyai ahli akademik yang berkelayakan, dengan bilangan 28 kakitangannya mempunyai taraf Doktor Falsafah (Ph.D.) dan 4 daripadanya adalah profesor. 6 daripada ahli akademik memiliki status jurutera profesional dan empat lagi ahli berstatus jurutera bertauliah.

Jabatan ini menawarkan Sarjana Muda Proses dan Kejuruteraan Makanan dengan tiga khusus pilihan iaitu Kejuruteraan Makanan, Kejuruteraan Proses Bio-Bahan, dan Kejuruteraan Reka Bentuk Mesin Pemprosesan. Pelajar dibenarkan mengambil salah satu kursus pilihan pada tahun keempat pengajian sarjana mereka. Pilihan Kejuruteraan Makanan menekankan penerapan prinsip dan konsep kejuruteraan proses untuk industri pemprosesan makanan. Kejuruteraan Proses Bio-Bahan pula memfokuskan pada pemprosesan komoditi pertanian utama dan menambahbaik produk baru berasaskan bio-bahan untuk diaplikasikan sebagai bahan makanan atau bahan mentah untuk industri pembuatan. Pemilihan khusus bagi Kejuruteraan Reka Bentuk Mesin Pemprosesan, pelajar didedahkan kepada reka bentuk dan dinamika elemen mesin pemprosesan berserta sistem dan automasi mesin.

Jabatan ini juga menawarkan Sarjana Sains (M.Sc.) dan Ph.D. program ijazah dalam 4 bidang penyelidikan utama termasuk Kejuruteraan Makanan, Kejuruteraan Pembungkusan, Kejuruteraan Bioproses, dan Kejuruteraan Proses Pertanian. Program ini meliputi aspek teori dan aplikasi, membolehkan pelajar menjadi golongan professional pada bidang yang dikhususkan.

Dengan permintaan yang tinggi dalam pemakanan yang lebih selamat dan makanan yang berlebihan meningkat di seluruh dunia. Kami di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, sentiasa bersedia dan komited untuk meningkatkan program ijazah kami untuk mengatasi keperluan industri yang terus berkembang sehingga menghasilkan graduan yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan isu semasa dan cabaran dalam industri makanan dan pemprosesan.

Sekian, terima kasih.


Profesor Madya Dr. Khairul Faezah Md Yunos
Ketua
Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan