Jabatan Kejuruteraan Awam

Jabatan Kejuruteraan Awam telah ditubuhkan pada 1985, selepas Fakulti Kejuruteraan Pertanian mula mengambil prasiswazah untuk program Bacelor Kejuruteraan (Awam) pada 1984. Dari saat itu, jabatan berkembang dengan pesat dalam tiga perkhidmatan utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan professional. Banyak yang telah dicapai tetapi kami akan terus berusaha gigih untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan demi kebaikan negara dan masyarakat.