UPM Logo Faculty of Engineering




Webmail Login
Email:
Password:
 
Links
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM

bismillah.gif

 salam.gif

 

DOWNLOAD RISALAH SFK

risalah sfk_vol3

risalah_sfk_vol4

risalah sfk_vol5

Saudara & saudari warga fakulti kejuruteraan yang dikasihi,  Saya mengucapkan

Ahlan wah Sahlan ke laman Web Surau Fakulti Kejuruteraan (SFK).

Alhamdullillah, Syukur kehadrat Allah swt, dengan hidayat dan izinNya semata-mata dapat kami menyediakan satu lagi media dakwah untuk mendekati dan berinteraksi dengan ahli-ahli kariyah fakuti kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, dengan harapan kita sentiasa saling ingat mengingati, membesarkan Allah swt, supaya Dia mendorongkan dan menyuburkan taufiqNya di atas diri dan amal deen kita semasa berada di sini.

SFK adalah surau milik kita bersama, ia juga melambangkan kita di sudut Islam, Iman & Taqwa di sisi Allah swt. Ada mereka yang di amanahkan, ada pula mereka yang perlu mengimami amanah tersebut.. Inilah sifat Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan anti-sunnah wal fardiyah.

Risalah web, walau secanggih mana sekali pun, dengan dunia teknologi hari ini, belum menjamin keberkesanan dakwah & tarbiyah kepada sasaran Islam, ia hanya terjamin dengan

  1. Hidayat dari Allah swt.
  2. Iman yang mendalam
  3. Amal dan jihad nubuwah yang  berterusan
  4. Ikhlas, sabar & syukur melaksanakan kerana Allah swt.semata-mata.

 

Saudara/i tidak ada kerja yang paling besar di dunia ini selain kerja yang tidak mensyirikkan Allah swt, hanya memaha-besarkanNya dan mengajak manusia ke matlamat ini. Firman Allah swt, yang biasa kita dengar, “tidak sama sekali tidak Aku jadikan manusia, melainkan mengabdikan diri kepada Ku semata-mata”.

Saya bersama ahli J/K SFK memohon doa saudara/i agar tidak riak, sombong & takbur dalam mejalankan amanah yang besar ini, yang begitu berat untuk dipikul oleh kita. Mungkin jawatan-jawatan lain di fakulti amat mudah diisi,  ramai yang berkeinginan dan merasa layak mengisi, Saya rasa tidak jawatan-jawatan seperti ini. Saya amat mengalu-alukan mereka yang layak dan berkeinginan untuk mengisi. Siapalah kita dibandingkan dengan Al Rasul saw dan sahabat-sahabat as yang bersama-sama baginda.

Firman Allah swr 3: 164

surah.gif

“Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kapada orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yg membacakan kepada mereka ayat2 Allah, membersihkan (jiwa) mereka dan mengajar mereka Al Kitab dan Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”

Wassalam

Ahmad Fauzi Abas
Pengerusi SFK

Last Updated on Thursday, 17 March 2011 11:46
 

Disclaimer: Universiti Putra Malaysia and Faculty of Engineering shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. All rights reserved, 2010, http://www.eng.upm.edu.my  Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia.

Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dean@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my