|
Monday, 02 July 2012 11:21 |
|
29 JUN ; LAWATAN 5S DARIPADA NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD, REMBAU NEGERI SEMBILAN yang dijadual datang melawat Fakulti Kejuruteraan, UPM pada 29 JUN 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Lawatan dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pn.Shamriza shari, Penolong Pendaftar/ Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan Fakulti Kejuruteraan dan di akhiri dengan En.Fahrul Asmady,Penolong Pendaftar Fakulti Kejuruteraan sebagai penutup.

Objektif lawatan adalah untuk mengadakan sesi lawatan 5S sekitar Fakulti Kejuruteraan dengan lebih lanjut.Lawatan telah berlansung di Jabatan Timbalan Dekan Akademik, Timbalan Dekan Penyelidikan, Pusat Kecemerlangan dan Pejabat Dekan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini. Semoga kerjasama dan hubungan di antara kedua belah pihak ini berterusan dan mendapat manfaat di masa akan datang.

|
|
Last Updated on Monday, 02 July 2012 11:41 |