Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar bersama RMC akan melaksanakan audit KM Portal di Fakulti bagi komponen Pengajaran, Penyeliaan dan Khidmat profesiional.
Untuk peringkat 1, semua pegawai akademik diminta untuk mengemaskini maklumat dan data di KM Portal. Tempoh perlaksaan bagi peringkat 1 adalah bermula dari 26 Julai 2012 - 9 Ogos 2012. Selaras dengan itu, pihak RMC akan mengemukakan nama pensyarah yang telah dipilih sebagai auditee. Kemudian pihak Fakulti diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan kepada Pejabat Pendaftar untuk diverifikasi. (Rujuk lampiran A yang disediakan).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila berhubung dengan Seksyen Saraan, Prestasi dan Elaun, Pejabat Pendaftar, UPM.
Kerjasama semua dalam melancarkan pelaksanaan audit ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disclaimer: Universiti Putra Malaysia and Faculty of Engineering shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website. All rights reserved, 2010, http://www.eng.upm.edu.my Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia.