|


Saudara & saudari warga fakulti kejuruteraan yang dikasihi, Saya mengucapkan
Ahlan wah Sahlan ke laman Web Surau Fakulti Kejuruteraan (SFK).
Alhamdullillah, Syukur kehadrat Allah swt, dengan hidayat dan izinNya semata-mata dapat kami menyediakan satu lagi media dakwah untuk mendekati dan berinteraksi dengan ahli-ahli kariyah fakuti kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, dengan harapan kita sentiasa saling ingat mengingati, membesarkan Allah swt, supaya Dia mendorongkan dan menyuburkan taufiqNya di atas diri dan amal deen kita semasa berada di sini.
SFK adalah surau milik kita bersama, ia juga melambangkan kita di sudut Islam, Iman & Taqwa di sisi Allah swt. Ada mereka yang di amanahkan, ada pula mereka yang perlu mengimami amanah tersebut.. Inilah sifat Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan anti-sunnah wal fardiyah.
Risalah web, walau secanggih mana sekali pun, dengan dunia teknologi hari ini, belum menjamin keberkesanan dakwah & tarbiyah kepada sasaran Islam, ia hanya terjamin dengan
- Hidayat dari Allah swt.
- Iman yang mendalam
- Amal dan jihad nubuwah yang berterusan
- Ikhlas, sabar & syukur melaksanakan kerana Allah swt.semata-mata.
Saudara/i tidak ada kerja yang paling besar di dunia ini selain kerja yang tidak mensyirikkan Allah swt, hanya memaha-besarkanNya dan mengajak manusia ke matlamat ini. Firman Allah swt, yang biasa kita dengar, “tidak sama sekali tidak Aku jadikan manusia, melainkan mengabdikan diri kepada Ku semata-mata”.
Saya bersama ahli J/K SFK memohon doa saudara/i agar tidak riak, sombong & takbur dalam mejalankan amanah yang besar ini, yang begitu berat untuk dipikul oleh kita. Mungkin jawatan-jawatan lain di fakulti amat mudah diisi, ramai yang berkeinginan dan merasa layak mengisi, Saya rasa tidak jawatan-jawatan seperti ini. Saya amat mengalu-alukan mereka yang layak dan berkeinginan untuk mengisi. Siapalah kita dibandingkan dengan Al Rasul saw dan sahabat-sahabat as yang bersama-sama baginda.
Firman Allah swr 3: 164

“Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kapada orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yg membacakan kepada mereka ayat2 Allah, membersihkan (jiwa) mereka dan mengajar mereka Al Kitab dan Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
Wassalam
Ahmad Fauzi Abas Pengerusi SFK
|