UPM Logo Faculty of Engineering
Unit Jaminan Kualiti
 




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM


hj_ruslanKata-kata Aluan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Unit Jaminan Kualiti. Penyediaan laman web ini merupakan salah satu usaha untuk memberikan informasi mengenai perlaksanaan dan perkembangan semasa mengenai Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Sistem pengurusan kualiti di Fakulti ini dinamakan SPK Putra3Q yang berlandaskan kepada tiga aspek utama iaitu:

i.    Pengurusan Kualiti
ii.    Peningkatan Kualiti
iii.   Jaminan Kualiti

Aspek pengurusan kualiti melibatkan komitmen dan pendekatan pihak pengurusan di semua peringkat fakulti. Ini diterjemahkan melalui manual kualiti serta prosedur yang memastikan pengawalan dan penentuan kualiti di setiap peringkat input, proses dan output. Dengan pengurusan yang cekap serta sensitif kepada hasil yang konsisten serta memenuhi ekspektasi pelanggan, aspek peningkatan kualiti amatlah dititikberatkan. Ini dilakukan dengan menilai secara objektif pencapaian sasaran pelan strategi, pencapaian petunjuk prestasi, aduan pelanggan dan indeks kepuasan pelanggan yang berkonsepkan pembaikan dan peningkatan kualiti berterusan.

Disamping itu, penanda arasan dilakukan supaya proses peningkatan kualiti yang dilaksanakan memenuhi standard antarabangsa. Penanda arasan ini bertujuan untuk memastikan kedudukan Fakulti Kejuruteraan di UPM setaraf dengan fakulti kejuruteraan dari universiti-universiti terkemuka di dunia. Ia sekaligus dapat melonjakkan Malaysia ke arena antarabangsa selaras dengan perkembangan global serta cabaran terhadap pengeluaran professional yang menjadi tunggak kejayaan sesebuah negara. Dengan pendekatan pengurusan yang komprehensif, diharapkan visi Fakulti untuk menjadi sebuah institusi terunggul di dunia bagi kemajuan kejuruteraan dapat dicapai. Bagi mencapai visi tersebut, Fakulti telah menetapkan misi berikut:

  • Membina Seni dan Sains Kejuruteraan untuk faedah manusia serta alam sejagat
  • Mendidik Jurutera untuk memiliki mutu ketrampilan saintifik, pengurusan dan profesional yang serasi dengan alam sekeliling
  • Berkongsi ilmu dan kemahiran dengan masyarakat dunia.

Saya dan ahli Unit ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengunjung yang sudi melayari laman web ini. Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi paparan informasi laman web ini. Semoga informasi di laman web ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan, membantu dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Ruslan Mohammad
(Timbalan Wakil Pengurusan)
Ketua Unit Jaminan Kualiti

Hubungi
Ketua,
Unit Jaminan Kualiti, Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia.
Tel : 03-8946 6251/ 6281
Faks : 03-8656 7359
Email : kujk@eng.upm.edu.my

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 06 September 2012 13:49
 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my