UPM Logo Faculty of Engineering
Pejabat Dekan
 




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM


fakhrulSelamat datang ke laman web Fakulti Kejuruteraan UPM.   Seiring dengan Visi, Misi dan Pelan Strategik UPM, Fakulti Kejuruteraan berusaha melahirkan graduat yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju melalui pengurusan berkualiti.  Fakulti Kejuruteraan telah berjaya memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2000 dan melakar kualiti pengajaran dan pembelajaran  serta penyelidikan dan perkhidmatan.

Fakulti Kejuruteraan mempunyai lapan Jabatan yang menawarkan lapan program Bacelor dan 38 bidang penyelidikan.  Kesemua program Bacelor Kejuruteraan dinilai oleh profesor dari universiti terkemuka seperti Universiti Standford, Imperial College, Universiti Birmingham, Universiti Manchester, Universiti Sheffield dan Case Western Reserve Uninversity. Kesemua program Bacelor Kejuruteraan juga mendapat akreditasi daripada Majlis Akreditasi Kejuruteraan Malaysia.

Fakulti juga berusaha melonjak aktiviti penyelidikan dengan mendapat sejumlah geran penyelidikan yang banyak dari pelbagai agensi. Hasil penyelidikan telah terbukti melalui penerbitan dalam jurnal antarabangsa, patent dan anugerah. Setiap tahun fakulti berjaya menghasilkan lebih 1,000 penerbitan, termasuk 250 artikel dalam jurnal. Tumpuan utama fakulti adalah dalam membantu UPM mendapat pengiktiran di peringkat antarabangsa.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman web ini, Fakulti Kejuruteraan dan UPM dapat lebih dikenali.
Saya turut mengalukan pandangan yang membina untuk memantapkan pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.

Terima kasih kerana melayari laman web ini. Datang lagi untuk maklumat terkini.

 


Prof. Dr. Fakhru’l-Razi Ahmadun,

Dekan,
dean@eng.upm.edu.my

Dekan
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan. Malaysia.
Tel : 03-8946 6262/6263, Faks : 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my

Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 02 Mac 2012 14:55
 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my