UPM Logo Faculty of Engineering
Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Siswazah
 




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM


dr_adzirAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Siswazah Fakulti Kejuruteraan UPM. Pada masa kini terdapat lebih dari 1000 pelajar siswazah yang berdaftar di bawah program siswazah dengan tesis atau program siswazah tanpa tesis yang ditawarkan oleh 8 jabatan di fakulti ini.

Program Siswazah dengan tesis (PhD dan Master) adalah khusus untuk pelajar yang berminat di dalam bidang penyelidikan dari pelbagai aspek pengajian. Program ini juga khusus untuk pelajar yang berminat menjadikan bidang penyelidikan atau akademik sebagai kerjaya mereka. Pelajar yang mendaftar di dalam bidang ini diwajibkan mengikuti kursus lanjutan dan menghasilkan tesis di akhir pengajian mereka.

Program siswazah tanpa tesis pula dikhususkan untuk pelajar yang telah lama menamatkan ijazah mereka atau mereka di dalam pekerjaan professional yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dengan mengambil kursus-kursus lanjutan professional tanpa melibatkan penyelidikan. Pelajar yang mendaftar di bidang ini diwajibkan mengikuti kursus lanjutan yang spesifik dan menghasilkan kertas projek di akhir pengajian mereka.

Program siswazah disokong dengan kemudahan peralatan makmal yang lengkap, kemudahan komputer dan staf akademik fakulti yang berkelayakan tinggi. Kebanyakan projek penyelidikan yang dijalankan adalah dibiayai oleh geran-geran penyelidikan kerajaan mahupun dari pihak swasta. Hasil daripada projek-projek yang dijalankan ini, fakulti juga telah menerima banyak anugerah dari dalam dan luar negara, mengeluarkan paten untuk produk yang boleh dikomersialkan serta copyrights perisian, dan penerbitan dalam jurnal yang berwasit.

Bakal pelajar boleh mengajukan pertanyaan tentang projek-projek penyelidikan. Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan boleh memohon untuk menjadi pembantu penyelidik siswazah (GRA). Biasiswa dalam pelbagai bidang juga boleh dipohon bagi pemohon warganegara Malaysia. Setakat ini, fakluti mempunyai lebih daripada 200 projek yang sedang dijalankan.

 

Data penyelidikan Fakulti Kejuruteraan boleh diperolehi disini.
Untuk prosedur permohonan kemasukan dan maklumat lanjut sila layari laman web Sekolah Pengajian Siswazah.

Kami amat mengalukan anda semua untuk memasuki program pengajian siswazah kami di Serdang dan menikmati persekitaran yang memberangsangkan untuk memajukan kerjaya anda di masa akan datang dengan lebih kejayaan dan produktif.

Sekian, terima kasih.

Profesor Dr. Mohd. Adzir Mahdi
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah)

 

 

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah)

Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Kejuruteraan, 43400 UPM Serdang, Universiti Putra Malaysia, Selangor Darul Ehsan. Malaysia.
Tel : 03-8946 6266/6253, Fax : 03-8656 7103, Email: tdp@eng.upm.edu.my

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 03 April 2013 14:34
 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my