UPM Logo Faculty of Engineering
Bahagian Pembangunan dan Kewangan
 




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM


faizalAssalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Bahagian Pembangunan dan Kewangan Fakulti Kejuruteraan UPM. Pengaruh globalisasi dan perkembangan teknologi memberi impak yang amat ketara dalam perkembangan akademik di Fakulti Kejuruteraan. Selaras dengan itu, Bahagian ini menjadi peneraju utama Fakulti dalam menyediakan ruang dan persekitaran yang baik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kami di Bahagian Pembangunan dan Kewangan bertekad dan beriltizam untuk menyediakan suasana persekitaran yang selesa dan kondusif dalam usaha ke arah peningkatan kualiti pembelajaran pelajar dan produktiviti kerja staf.

 

Kemudahan di Fakulti sentiasa di naik taraf dari masa ke semasa bagi memastikan Fakulti mempunyai persekitaran yang menarik. Atas kesedaran ini Fakulti telah memperluaskan prasarananya sebanyak 16,384 meter persegi dengan pembinaan Fasa 1 pada tahun 2000 dan Fasa 2B sebanyak 25,946 meter persegi pada akhir tahun 2006. Fasa 2A pula seluas 47,550 meter persegi telah selesai dibina pada Ogos 2011. Pembinaan bangunan-bangunan baru telah memberi ruang kepada pelajar untuk menimba ilmu di samping persekitaran kerja yang selesa dan kondusif kepada staf untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman web ini, Bahagian Pembangunan dan Kewangan dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan pembangunan yang telah, sedang dan akan dijalankan di Fakulti Kejuruteraan UPM demi mewujudkan prasarana dan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pelajar dan warga Fakulti secara keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.
Prof. Madya Dr. Faizal b. Mustapha
Timbalan Dekan Bahagian Pembangunan dan Kewangan

Timbalan Dekan
Bahagian Pembangunan dan Kewangan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan. Malaysia.
Tel: 03-89466260/6261, Fax: 03-86567102, Email: tdb@eng.upm.edu.my

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 09 Ogos 2012 08:17
 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my