UPM Logo Faculty of Engineering
Jab. Kejuruteraan Sistem Komputer & Komunikasi
 




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM


Dr_Iqbal

Selamat datang ke laman web Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi.   Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1997 hasil daripada penstrukturan semula  Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Jabatan ini telah berkembang dari tahun ke tahun dan telah menghasilkan graduan yang mahir dalam bidang Sistem Komputer dan Komunikasi. Jabatan ini telah ditempatkan di UPM dibawah Fakulti Kejuruteraan , Universiti Putra Malaysia.

Sehingga kini, jabatan mempunyai 35 pegawai akademik (30 pensyarah, 3 tutor dan 2 pembantu pengajar). Jabatan juga digerakkan dengan 1 Pegawai Sains, 8 pegawai teknikal bersama 3 pegawai sokongan. Pegawai akademik terdiri daripada 28 pensyarah yang mempunyai kelayakan PhD manakala yang selebihnya juga didalam proses untuk mencapai kelayakan tersebut. Mereka yang berkhidmat di jabatan ini mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing; Kejuruteraan Sistem Komputer dan Terbenam, Kejuruteraan Sistem Komputer, Kejuruteraan Sistem Multimedia, Kejuruteraan Komunikasi Wayarles, Kejuruteraan Rangkaian dan Komunikasi, dan Kejuruteraan Sistem Fotonik dan Optik Gentian.

Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer & Komunikasi telah  menawarkan  Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi) di dalam 2 bidang; Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi.  Kedua-dua program ini telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Perhidmatan Awam (JPA), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Institut Jurutera Malaysia (IEM).

Jabatan kami telah dianugerahkan persijilan ISO 9001:2008. Ia adalah merangkumi  proses pengajaran dan pembelajaran. Didalam proses pengajaran dan pembelajaran, jabatan telah menggunakan kaedah "Outcome Based Education (OBE) " bagi merealisasikan visi universiti bagi mencapai universiti bertaraf dunia.

Komitmen kami adalah untuk memberikan perhatian khusus kepada setiap pelajar berada di dalam persekitaran yang lestari demi mencapai matlamat yang telah digariskan. Kami berusaha untuk menjadikan jabatan sebagai satu komuniti yang ideal dimana para pelajar dapat menggarap kecemerlangan akademik, perkembangan rohani dan insaniah serta kemahiran sepanjang hayat bagi menghadapi cabaran akan datang. Kahir sekali, tidak kira apa jua tujuan anda melayari laman ini, kami amat mengalu-alukannya dan berharap anda beroleh maklumat yang dikehendaki.Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kami bersedia membantu anda .Terima kasih.

 

"BERILMU BERBAKTI"


Prof. Madya Dr. M. Iqbal Saripan
Ketua Jabatan

__________________________________________________________________________________________________

Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer & Komunikasi, Tingkat 4, Fakulti Kejuruteraan.
Tel : 603 8946 6445, Faks : 603 8656 7127, Email : kkk@eng.upm.edu.my

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 12 Mac 2013 11:27
 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my