Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian adalah jabatan yang terulung di Malaysia yang menawarkan pendidikan tinggi dalam bidang Kejuruteraan Biologi dan Pertanian. Bagi mengikuti pengajian di jabatan ini, pelajar boleh mendaftar untuk ijazah bachelor, Masters atau Ph.D. Penyelidikan di Jabatan ini boleh dijal
ankan dalam bidang Mekanisasi dan Pengautomatan Pertanian, Kejuruteraan Lepas Tuai, Kejuruteraan Tanah dan Air, Kejuruteraan Sisa Pertanian, Struktur Ladang, dan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web staf akademik dan senarai penerbitan.
Makmal di Jabatan ini dilengkapi dengan peralatan terkini, yang dinaikkan taraf mengikut perubahan teknologi. Pelajar dan pensyarah mendapat manfaat daripada kelengkapan ini. Dengan menggunakan peralatan terkini dalam pembelajaran dan penyelidikan, pelajar dan pensyarah telah berjaya memenangi anugerah di peringkat negara dan antarbangsa. Kami mengalu-alukan anda untuk bekerjasama dengan kami, samada untuk meneruskan pengajian, membuat penyelidikan bersama, menggunakan kepakaran kami sebagai perunding atau dalam apa cara lain yang boleh mendatangkan manfaat kepada negara. Harap dapat berhubung dengan pihak kami jika anda memerlukan keterangan lanjut.
Sekian, Terima Kasih.
Dr. Samsuzana Abd. Aziz
Ketua Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian
kbp@eng.upm.edu.my
Ketua
Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 603-8946 4455, Faks : 603-8946 6425, Email: kbp@eng.upm.edu.my