UPM Logo Faculty of Engineering
Jabatan Kejuruteraan Awam
 




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM


hzmsSelamat datang ke laman web Jabatan Kejuruteraan Awam.

Jabatan Kejuruteraan Awam telah ditubuhkan pada 1985, selepas Fakulti Kejuruteraan Pertanian mula mengambil prasiswazah untuk program Bacelor Kejuruteraan (Awam) pada 1984. Dari saat itu, jabatan berkembang dengan pesat dalam tiga perkhidmatan utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan professional. Banyak yang telah dicapai tetapi kami akan terus berusaha gigih untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan demi kebaikan negara dan masyarakat.

Saya mempelawa anda untuk melihat perkhidmatan yang ada di jabatan dengan harapan anda memperoleh apa yang diperlukan. Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila berhubung dengan pegawai kami. Kami juga mengalu-alukan penglibatan pendapat atau sebarang informasi yang boleh membantu dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Saya ingin menjemput terutama kepada alumni untuk memberi maklumbalas kepada kami, ketika diperlukan mahupun pada bila-bila masa. Pandangan anda amat dihargai bagi membantu memperbaiki mutu perkhidmatan kami.  

Selamat melayari laman web kami.

Prof Madya Dr Helmi Zulhaidi Mohd Shafri

Ketua

Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 603-8946 6377, Faks : 603-8656 7129, Email: kaw@eng.upm.edu.my

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 13 Jun 2013 10:54
 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my