UPM Logo Faculty of Engineering




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM

LAWATAN DELEGASI KING FAHD UNIVERSITY OF PETROLEUM & MINERALS, SAUDI ARABIA

LAWATAN DELEGASI KING FAHD UNIVERSITY OF PETROLEUM & MINERALS, SAUDI ARABIA

5 Jun, Serdang - Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan Delegasi daripada King Fahd University Of Petroleum & Minerals, Saudi Arabia baru-baru ini. Objektif lawatan adalah untuk mengadakan sesi perjumpaan dan perbincangan tentang peluang pembelajaran di UPM bersama pensyarah serta melawat makmal kejuruteraan yang berkaitan.

 

Setibanya di fakulti delegasi tersebut telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Halim Shah bin Ismail , Ketua Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar mewakili Dekan Fakulti Kejuruteraan dan turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Siti Aslina bt. Hussain (Jab. Kej. Kimia dan Alam Sekitar), Prof. Madya Ir Dr. Nor Mariah bt Adam (Jab. Kej. Mekanikal dan Pembuatan), Dr.Hamdan b. Mohamed Yusoff (Jab. Kej. Kimia dan Alam Sekitar), Dr. Mohd. Amran b. Radzi (Jab. Kej. Elektrik dan Elektronik) serta Dr. Syafiie (Jab. Kej. Kimia dan Alam Sekitar).

 

Kesemua pelawat tersebut yang terdiri daripada pensyarah dan seramai 19 orang pelajar adalah dari bidang Chemical Engineering, Electrical Engineering, System Engineering, Industrial & System Engineering dan Applied Electrical Engineering.

 

 

alt

 

alt

 

alt

 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my