UPM Logo Faculty of Engineering




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM

Fathin Ayuni Azizan menang IEM Gold Medal Award 2011

Fathin Ayuni Azizan menang IEM Gold Medal Award 2011

Petaling Jaya, 21 April - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melakar kejayaan apabila Fathin Ayuni Azizan daripada Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian telah memenangi anugerah Pingat Emas IEM 2011 baru-baru ini.

 

Anugerah berprestij itu diberikan kepada pelajar terbaik tahun akhir kejuruteraan di setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Majlis Institusi Jurutera Malaysia (The Institution of Engineers, Malaysia Council) telah memilih Fathin sebagai penerima anugerah tersebut.

 

Institusi Jurutera Malaysia atau lebih dikenali sebagai IEM ini adalah sebuah badan yang diiktiraf untuk jurutera-jurutera bertaraf profesional di Malaysia. Dengan keahlian yang melebihi 16,000 orang, IEM adalah salah sebuah badan profesional yang terbesar di negara ini.

 

Beliau menerima dan sijil daripada dari Timbalan Presiden Ir. Choo Kok Beng pada Majlis Makan Malam Tahunan IEM ke-53 dan Malam Anugerah untuk sesi akademik 2011/2012 yang bertarikh pada 21 April 2011 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

 

IEM_Gold_Medal_AwardSijil yang dimenangi oleh Fathin Ayuni

 

 

 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my