UPM Logo Faculty of Engineering




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM

2012 Accenture Asia Pacific Oil & Gas Forum Essay Competition

2012 Accenture Asia Pacific Oil & Gas Forum Essay Competition

Kuala Lumpur, 16 Feb – Pelajar Bacelor Kejuruteraan (Kimia Kejuruteraan) Universiti Putra Malaysia (UPM), Saw Ting Yik telah meraih tempat ke dua dalam 2012 Accenture Asia Pacific Oil & Gas Forum Essay Competiton yang bertemakan Energy in Malaysia. What next? anjuran Accenture.

 

Beliau menerima anugerah tersebut berserta wang tunai RM1000 semasa majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Ting Yik, dalam eseinya mendapati senario sumber tenaga masa depan adalah tidak menentu dan sukar diramal. Walau bagaimanapun, kajiannya telah memberi penekanan yang lebih kepada tenaga boleh diperbaharui termasuk biofuel dan kuasa solar. Antara lain yang dimuatkan dalam eseinya ialah cabaran semasa yang dihadapi dalam tenaga yang boleh diperbaharui dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan baru-baru ini untuk merangsang industri tersebut.

 

Sementara itu tempat pertama dimenangi oleh Darryl Tan Jie Wei dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan sekaligus menerima RM3000.

 

Sila klik untuk muat turun :

1) Esei

2) Gambar

 

 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my