UPM Logo Faculty of Engineering




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM

Majlis Penyampaian Sijil Pencapaian Rekod Kedatangan Bersih Tahun 2011

Majlis Penyampaian Sijil Pencapaian Rekod Kedatangan Bersih Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Pencapaian Rekod Kedatangan Bersih bagi Tahun 2011 pada 26 Januari 2012 (Khamis) yang lalu bertempat di Executive Lounge, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Fakhru'l-Razi Ahmadun, Dekan Fakulti Kejuruteraan. Seramai 19 orang staf bukan akademik dianugerahkan sijil tersebut berdasarkan rekod kedatangan yang bersih dan konsisten sepanjang tahun.

Penganjuran majlis seumpama ini oleh pihak fakulti bertujuan bagi menghargai usaha, komitmen serta disiplin yang telah ditunjukkan oleh staf sokongan di fakulti dari aspek kehadiran waktu bekerja. Secara tidak langsung diharapkan juga agar ia dapat menaikkan semangat serta dapat memberikan motivasi kepada semua staf yang lain dalam menjalan tugas masing-masing.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga fakulti yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Sila layari website Fakulti Kejuruteraan di ruangan 'Album' atau klik di sini untuk melihat gambar di sekitar majlis

Berikut merupakan senarai penerima sijil tersebut :

Bil
Nama Penerima
Bah/Jab/Unit
1
En. Taib Othman
TDA
2
Pn. Rousnafizah Hj. Ambia
TDA
3
En. Fairul Azri Abdul Karim
TDA
4
Cik Norazimah Abdullah
TDA
5
Cik Nornadia Amirah Ishak
TDA
6
Cik Che Suzana Ainie Che Nordin
TDA
7
Pn. Zuriawati Mohamad
KAA
8
Cik Aziana Musa
KAW
9
En. Zainal Abidin Abdul Ghani
KBP
10
Cik Nordiyana Abd Razak
KBP
11
Pn. Siti Masitah Shamsuddin
KBP
12
En. Tajul Urus Osman
KBP
13
En. Mohd Najib Yaacob
KEE
14
En. Norazman Simbok
KEE
15
En. Zakaria Suboh
KPM
16
Pn. Anna Ashikin Mazlan
HRC
17
Cik Norliyana Abd Karim
HRC
18
En. Nurul Azman Abdul Kadir
WiPNET
19
Cik Naimah Abd Wahab
WiPNET
 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my