UPM Logo Faculty of Engineering




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM

Lawatan Penanda Aras daripada UNISEL

Lawatan Penanda Aras daripada UNISEL

29 Dis - Fakulti Kejuruteraan UPM telah menerima lawatan penanda aras daripada Universiti Selangor (UNISEL) bertempat di Dewan Seminar bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Delegasi daripada Fakulti Kejuruteraan UNISEL itu terdiri daripada Dekan dan Ketua-ketua Program daripada Program Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik dan Elektronik.

 

Objektif lawatan adalah untuk mengadakan perbincangan dari segi akademik, pengurusan dan infrastruktur yang sedia ada sebagai penanda aras dalam membuat penambahbaikan yang diperlukan oleh UNISEL untuk menepati piawaian Engineering Accreditation Council (EAC). Antara lain yang turut dibincangkan termasuklah pelaksanaan Sistem MyOBE.

 

Lawatan dimulakan dengan ucapan aluan daripada Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah mewakili Dekan Fakulti Kejuruteraan dan dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), Dr. Zainuddin Md. Yusoff (Jabatan Kejuruteraan Awam) serta Dr. B.T Hang Tuah Baharudin dan Kapt. (B) Dr. Othman Inayatullah (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan).

 

Sebelum berakhir delegasi telah dibawa melawat ke makmal-makmal berkaitan dan juga ke Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina.

 

Sila klik di sini untuk melihat gambar

 

-Disediakan oleh Farah Hidayu Nordin-

 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my