|
KUALA LUMPUR – Tiga penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih empat pingat emas pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2011) di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini. Mereka ialah Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din dari Fakulti Perubatan Veterinar dengan produk Immobilized Periphytic Microalgae (Oscibeads) for Rapid And Efficient Removal of Toxic Compounds From Water untuk menyingkirkan sebatian toksik di dalam air dengan cepat dan efektif serta boleh diproses untuk menghasilkan baja biologi, makanan haiwan serta bahan api. Lain-lain ialah Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man dengan produk HaFYS-Porcine DNA Test Kit yang dapat mengesan DNA babi dalam masa satu jam, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dengan produk Phonic Tutor Software for Visualy Dyslexic Student iaitu perisian yang membantu pelajar dyslexia mempelajari Bahasa Malaysia. Emas turut dimenangi oleh Dr. Siti Aslina Hussain dari Fakulti Kejuruteraan dengan produk Artificial Conduit For Coronary Heart Diseases iaitu alat perubatan untuk merawat penyakit jantung yang berfungsi sebagai transatrialaorto-conory sinus dalam merawat pesakit diffuse coronary atherosclerosis. Penyelidik UPM turut meraih tujuh pingat perak dan sebelas pingat gangsa menjadikan jumlah 22 pingat keseluruhan daripada 25 penyertaan penyelidik pada PECIPTA yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Pingat Perak: • Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, Fakulti Kejuruteraan. Integrated 3D Terrain Visualizer, • Prof. Madya Dr. Ahmed Osumanu Haruna, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPMKB). Breakthrough in Isolation of Humic Acids From Tropical Peats, • Prof. Dr. Hashim Musa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. How True Malay are You? An Instrument to Measure Social Character Traits, • Dr. H'ng Paik San, Fakulti Perhutanan. Optimum Bioconversion Process of Lignocellulosic Waste to Ethanol, • Prof. Dr. Suhaila Mohamed, Institut Biosains . A Novel Additive That Reduces Oil Absorption and Fat Deterioration in Food, • Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd Rahman, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Psychrozim: A Novel Cold Active Bifunctional Enzyme • Prof. Madya Dr. Sharifah Kharidah Syed Muhammad, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Natural Red-Purple Colourant from Dragon Fruit. Pingat Gangsa: • Prof. Dr. Jamaloddin Noorzaei, Fakulti Kejuruteraan. Development of 3-D Nonlinear Earthquake Resistance System for Framed Buildings, • Prof. Madya Dr. Abd. Rahim Abu Talib, Fakulti Kejuruteraan. Non-Penetrative Vacuum Blood Container, • Dr. Mohd Nizar Hamidon, Fakulti Kejuruteraan. Single Port Saw Resonator For High Temperature Passive System, • Prof. Dr. Abdul Halim Shaari, Fakulti Sains. Novel Ceramic For Energy Storage, • Dr. Zurina Zainal Abidin, Fakulti Kejuruteraan. Ultrasound Assisted Solid Liquid Extraction of Jatropha Seeds, • Prof. Dr. Borhanuddin Mohd Ali, Fakulti Kejuruteraan. Concatenated Multi-Dimensional Modulating Transmitter and Receiver Implementation in Digital Communication Systems, • Dr. Siti Aslina Hussain, Fakulti Kejuruteraan. Cosmo Ball in Waste Treatment, • Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Fakulti Kejuruteraan.MyOBE - Outcome Based Education Management System, • Prof. Dr. Robiah Yunus, Fakulti Kejuruteraan. Pulse Assisted Tubular Reactor for Efficient Biodiesel Production, • Prof. Dr. Mohd Amin Mohd Soom, Fakulti Kejuruteraan. UPM Viras Rader • Prof. Madya Dr. Normahdiah Sheik Said, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi . THE ME™ (Measuring Engagement Tool) A System To Measure Human Engagement Behaviour Whilst Interacting With A User Interface. Berita disunting oleh Pejabat Pemasaran dan Komunikasi UPM
|