UPM Logo Faculty of Engineering




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM

NAIB CANSELOR DIANUGERAHKAN ASIA’S BEST B-SCHOOL AWARD

NAIB CANSELOR DIANUGERAHKAN ASIA’S BEST B-SCHOOL AWARD

SINGAPURA - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi telah dianugerahkan sebagai pemenang Asia’s Best B-School Awards kerana jasanya sebagai individu yang komited mempamerkan prestasi cemerlang dalam bidang pengajian perniagaan.

Beliau menerima anugerah dalam kategori Outstanding Contribution To Education dalam anugerah kali kedua itu yang berlangsung pada 22 Julai lalu di Suntec, Singapura dan dianjurkan oleh CMO Asia Advisory Board dengan kerjasama Advisory Coucil of World Brand Congress.

Terdapat 42 kategori anugerah merangkumi 12 bidang utama dalam pengajian perniagaan telah ditawarkan kali ini. Selain Malaysia, 28 buah negara yang  mengambil bahagian ialah Australia, Armenia, Amerika Syarikat, Bangladesh, China, England, France, Hong Kong, India, Indonesia, Israel, Jepun, Kuwait, Mauritius, Nepal, Oman, Pakistan, Filipina, Qatar, Arab-Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Spain, Sri Lanka, Thailand dan UAE.    

Asia’s Best B-School Awards merupakan anugerah keempat yang diterima  oleh Dato’ Ir. Dr. Radin Umar di peringkat antarabangsa selepas Prince Michel Award (UK, 2005), Highly Commendation Road Safety BP Awards (UK, 2002) dan Katahira Young Engineers Awards (Jepun, 2000).

 

-Berita oleh Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, UPM-

 

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my