UPM Logo Faculty of Engineering




Webmail Login
Email:
Password:
 
Pautan
Malaysia.Gov MQA
Engineering Accreditation Counsil The Putra
UPM Career Placement Center
 
SPK UPM

Berita dan Pengumuman

Jaya Veeran A/L Kulandai Tokoh Pekerja 2013

Jutaan tahniah diucapkan kepada En. Jaya Veeran a/l Kulandai yang telah menerima anugerah "Tokoh Pekerja" bagi Kategori Pegawai Pelaksana Tahun 2013.

Anugerah ini disampaikan bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Universiti Putra Malaysia yang telah berlangsung pada 12 Jun yang lalu.

Beliau membawa pulang wang tunai RM1000, sijil dan plak penghargaan. Menurut Encik Jaya, yang juga bapa kepada tiga orang anak ini anugerah yang diterima bukan sahaja akan digunakan untuk pendidikan anak-anak malahan sebagai pendorong kepada anak-anak beliau supaya menjadi yang terbaik dalam semua bidang yang diceburi.

Selain itu, En. Jaya atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Jaya telah memulakan  perkhidmatan di UPM bermula pada tahun 1981 sehingga kini. Sikapnya yang komited terhadap tugasan yang diberikan wajar dijadikan contoh oleh semua pekerja lebih-lebih lagi seluruh warga Universiti Putra Malaysia.

Sila klik di sini untuk muat turun keratan akhbar.

 

J1

YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj Ramlan (Naib Canselor UPM) menyampaikan anugerah kepada En. Jaya


J2

Bergambar kenangan bersama YBhg. Datuk Maznah Hamid

 
« MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat »

Muka 1 daripada 65

Penafian:  Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Kejuruteraan tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Hakcipta Terpelihara, http://www.eng.upm.edu.my  Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tel: +603-8946 6258, Fax: 03-8656 7099, Email: dekan@eng.upm.edu.my, Webmaster: webmaster@eng.upm.edu.my