Pengenalan

Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1997 hasil daripada penstrukturan semula Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Jabatan ini telah berkembang dari tahun ke tahun dan telah menghasilkan graduan yang mahir dalam bidang Sistem Komputer dan Komunikasi. Jabatan ini telah ditempatkan di UPM dibawah Fakulti Kejuruteraan , Universiti Putra Malaysia.

Sehingga kini, jabatan mempunyai 26 pegawai akademik (8 Profesor, 10 Profesor Madya dan 8 Pensyarah Kanan/Pensyarah). Jabatan juga digerakkan dengan 1 Jurutera, 7 Penolong Jurutera bersama 1 Setiausaha dan 2 pegawai sokongan. Pegawai akademik terdiri daripada 24 pegawai akademik yang mempunyai kelayakan PhD manakala yang selebihnya juga didalam proses untuk mencapai kelayakan tersebut. Mereka yang berkhidmat di jabatan ini mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing; Kejuruteraan Sistem Komputer dan Terbenam, Kejuruteraan Sistem Komputer, Kejuruteraan Sistem Multimedia, Kejuruteraan Komunikasi Wayarles, Kejuruteraan Rangkaian dan Komunikasi, dan Kejuruteraan Sistem Fotonik dan Optik Gentian.

Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer & Komunikasi telah menawarkan Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi Dengan Kepujian di dalam 2 bidang; Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi. Kedua-dua program ini telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Perhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Jabatan kami telah dianugerahkan persijilan ISO 9001:2008. Ia adalah merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran. Didalam proses pengajaran dan pembelajaran, jabatan telah menggunakan kaedah "Outcome Based Education (OBE) " bagi merealisasikan visi universiti bagi mencapai universiti bertaraf dunia.

Komitmen kami adalah untuk memberikan perhatian khusus kepada setiap pelajar berada di dalam persekitaran yang lestari demi mencapai matlamat yang telah digariskan. Kami berusaha untuk menjadikan jabatan sebagai satu komuniti yang ideal dimana para pelajar dapat menggarap kecemerlangan akademik, perkembangan rohani dan insaniah serta kemahiran sepanjang hayat bagi menghadapi cabaran akan datang. Kahir sekali, tidak kira apa jua tujuan anda melayari laman ini, kami amat mengalu-alukannya dan berharap anda beroleh maklumat yang dikehendaki.Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kami bersedia membantu anda.

Sekian terima kasih.



Prof. Madya Dr. Siti Barirah Ahmad Anas,
Ketua Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi.

 

Senarai Programme Educational Objectives (PEO)