KEJURUTERAAN TANAH DAN AIR

Bidang pengajian ini adalah berkenaan tanah dan air sebagai dua sumber yang amat berharga. Kejuruteraan membantu memulihara dua sumber ini dengan kajian inetraksi di antara tanah, tanaman dan air yang mempengaruhi cara dua sumber ini digunakan dalam merancang sistem pengairan dan saliran, pengabadian tanah dan air, dan kemudahan pengeluaran pertanian. Kejuruteraan dan keterampilan merekabentuk menggunakan alat seperti pintar buatan, penderiaan jauh, dan pemodelan GIS diaplikasi dalam menyelesaikan masalah tanah dan air yang melibatkan komuniti pertanian. Penyelidikan projek pengairan dan penyaliran dalam industri landskap pertanian dan taman rekreasi memerlukan penggunaan kejuruteraan maklumat, pengautomatan, penderiaan jarak jauh dan GIS. Penyelidikan adalah ke arah penyelesaian yang lebih baik dalam menangani masalah pembangunan sumber tanah dan air, pengurusan sistem pengairan dan saliran, kaedah mengurangkan dan mengawal hakisan tanah dan mendapan, dan kaedah untuk mengurangkan dan mengawal pencemaran laluan air, sungai, dan  tasik dan pemulihan air. Isu yang relevan termasuk meningkatkan produktiviti melalui rekabentuk dan pengurusan sistem pengairan dan saliran, kawalan hakisan dan mendapan, kualiti dan kuantiti air, sistem maklumat geospatial dan kawalan pencemaran punca tak setempat.


Senarai Pakar

Prof. Ir. Dr. Desa Ahmad
Dr. Aimrun Wayayok
Prof. Madya Dr. Md Rowshon Kamal
Mohamed Azwan Mohamed Zawawi
Dr. Nurulhuda Khairudin
Prof. Madya Dr. Syazwani Idrus
Ir. Dr. Muhammad Effendy Yaacob 
Dr. Wan Fatinhamamah Wan Ahmad   
Dr. Noorellimia Mat Toridi  
Dr. Norulhuda Mohamed Ramli  
Dr. Muhamad Saufi Mohd Kassim  
Prof. Ir. Dr. Azmi Dato’ Yahya