Aktiviti Demonstrasi Dron Kelab AEROS Bersama Sekolah Kebangsaan Seri Seremban, Nilai | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Aktiviti Demonstrasi Dron Kelab AEROS bersama Sekolah Kebangsaan Seri Seremban, Nilai

Aktiviti Demonstrasi Dron Kelab AEROS bersama Sekolah Kebangsaan Seri Seremban, Nilai

Pada 9 Februari 2023, sekumpulan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Seremban, Nilai telah mengadakan lawatan ke Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Sempena lawatan tersebut, Kelab AEROS telah diberikan tanggungjawab untuk membuat demonstrasi penerbangan dron kepada peserta yang terlibat.

 Figure 1 Para peserta berkumpul di kawasan hangar untuk diberikan taklimat sebelum aktiviti dimulakan

   

Sesi dimulakan dengan taklimat penerangan yang diberikan oleh Presiden Kelab AEROS, Farah Zulaikha tentang kursus Kejuruteraan Aeroangkasa bagi mendedahkan serba sedikit tentang kursus tersebut kepada para pelajar. Kemudian, sesi diteruskan dengan memperkenalkan ciri-ciri asas dan fungsi dron. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil untuk memberi mereka pengalaman yang lebih mendalam dalam mengendalikan dan menerbangkan dron.

Setiap fasilitator telah menunjukkan teknik asas penerbangan dron yang merangkumi berlepas, manuver, pendaratan bersasar, pergerakan empat penjuru serta pendaratan atas tanah dan atas tangan. Para peserta juga telah diberi peluang untuk mengendalikan dan menerbangkan dron itu sendiri dengan panduan daripada fasilitator.

Sesi telah berlangsung kira-kira 50 minit sebelum diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada ahli jawatankuasa Kelab AEROS. Kelab AEROS berharap agar lebih banyak aktiviti secara fizikal bersama masyarakat luar dapat diadakan pada masa akan datang untuk mendedahkan mereka kepada bidang aeroangkasa, serta memberi mereka pengalaman dalam aktiviti berkaitan aeroangkasa.

 

Figure 2 Sesi diakhiri dengan sesi fotografi

 

Tarikh Input: 23/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEZFAV~