Kata Alu-Aluan Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (TDA & HEPA)
Terlebih dahulu diucapkan selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu ke Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Kami di Bahagian Akademik, Fakulti Kejuruteraan ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda melangkahkan kaki ke gerbang ilmu bagi memenuhi impian diri dan keluarga tercinta.
Di Fakulti Kejuruteraan, kami beriltizam kepada kecemerlangan dalam pendidikan bagi melahirkan individu pemikir yang berilmu, kreatif, berdisiplin dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan di samping berkhidmat kepada masyarakat dan negara menerusi penyelidikan dan khidmat profesional serta kemasyarakatan. Pencapaian sebenar anda sebagai pelajar bukan sahaja akan diukur menerusi kecemerlangan akademik, bahkan juga pencapaian Generic Student Attribute (GSA) yang dihasratkan oleh pihak universiti. Di sini anda harus mempertingkatkan kemahiran diri dalam komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, moral dan etika profesional, keusahawanan, kepimpinan dan pembelajaran berterusan.
Sebagai mahasiswa anda dianggap telah matang serta bertanggungjawab, justeru itu gunakanlah peluang berada di kampus ini sepenuhnya dalam usaha membina dan membentuk sahsiah diri. Serlahkanlah potensi diri anda dan kecapilah kejayaan dengan lebih bermakna. Insha Allah, semoga pendidikan formal dan tidak formal yang diperolehi akan menjadikan anda insan yang lebih cemerlang lagi produktif serta dapat menyumbang ke arah kemajuan agama, bangsa dan negara sejajar dengan moto UPM, iaitu “BERILMU BERBAKTI”.
Sekian, terima kasih.
Profesor Ir. Dr. Raizal Saifulnaz Muhammad Rashid
Timbalan Dekan (Akademik)
Tel: 03-9769 6272
Faks: 03-9679 4499
E-mel: eng.btda@upm.edu.my
Senarai Staf | |||
TIMBALAN DEKAN |
|||
|
|||
Setiausaha Pejabat |
|||
|
|||
Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni (UHEPA) Ts. Dr. Mohd Zuhair Mohd Nor |
|||
|
|||
Ketua Unit Latihan Industri & Mobiliti (ULIM) Prof. Madya Dr. Zed Diyana Zulkafli |
|||
Penolong Pendaftar |
|||
|
|||
Pegawai Eksekutif |
|||
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Puan Cik Nora Abdullah
Tel: +603-9769 4462
E-mel: a_nora@upm.edu.my
|
|||
|
|||
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Puan Rosnita Abdul Rashid
Tel: +603-9769 6274
E-mel: rosnitaar@upm.edu.my
|
|||
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Encik Muhammad Amar Mohamed Nor
Tel: +603-9769 6485
E-mel: m.amar@upm.edu.my
|
|||
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Puan Noor Haniera Che Rahim
Tel: +603-9769 6486
E-mel: haniera@upm.edu.my
|
|||
|
|||
Pembantu Operasi
Encik Mohd Azmi Bakri
Tel: +603-9769 6485
E-mel: azmi_bakr@upm.edu.my
|
|||
|