Biografi Dekan


Professor Ir. Ts. Dr. Nor Kamariah Noordin

Nor Kamariah memulakan pendidikan tinggi dengan memperoleh Bacelor Sains dalam bidang kejuruteraan elektrik dengan kepujian dan ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia, seterusnya mengenggam PhD dari UPM dalam bidang Kejuruteraan Rangkaian dan Komunikasi. Sepanjang lebih dari 20 tahun perkhidmatan di UPM, beliau telah dilantik ke pelbagai jawatan pentadbiran baik di peringkiat Fakulti mahupun Universiti. Antaranya, sebagai Ketua Jabatan dan Timbalan Dekan (Akademik) di peringkat Fakulti dan sebagai Timbalan Pengarah dan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi di peringkat Universiti. Beliau juga telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (kini dikenali Kementerian Pendidikan) sebagai pakar rujuk dan penulis untuk pelbagai dokumen polisi seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 terutamanya membabitkan lonjakan 4, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) dan Blue Playbook on Performance Management. Beliau juga merupakan fasilitator di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) untuk Project Oriented Problem Based Learning, Practicum and Industrial Training and Strategic Leadership for University Management.

Beliau juga banyak terlibat dalam proses penilaian dan akreditasi di peringkat Engineering Accreditation Council (Majlis Akreditasi Kejuruteraan) Malaysia dan telah dilantik sebagai Pengarah Bersekutu sejak tahun 2016. Beliau juga bergiat aktif dalam Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai ahli dalam Jawatankuasa Akreditasi (MJA) untuk tempoh 2018-2019. Beliau kini kembali ke Fakulti untuk menerajui pasukan kepemimpinan Fakulti sebagai Dekan mulai 15 Julai 2018. Dekan Fakulti kejuruteraan ini boleh dihubungi secara terus melalui alamat emel nknordin@upm.edu.my.